Loading...
Friday, September 20, 2013

['LINTAH GERGASI'] ditemui di PERAK


gambar hiasan



Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.
 
Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Pada March 2012, lintah yang sama dikatakan telah dijumpai di Perak ketika musim banjir.

Setelah diselidik didapati ia sebenarnya adalah seekor ular yang dikenali dengan Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk.

Ular Karung Guni adalah spesis ular air tawar yang tidak berbahaya kerana tidak berbisa dan tiada mata (mata buta).

Walau bagaimanapun, ular ini boleh mengigit jika terdesak. Ular ini dikatakan memakan ikan.





=> sumber 
.
tone baru

Masukan nama & email anda di bawah ini dan Kami akan hantar Panduan Ini ke email anda segera


.
.
.
.

2 comments:

  1. ni kat taman temara la bukan kat sunyai siput lgi satu dia tu bukan perkerja binaan tapi penduduk kat situ.........

    ReplyDelete

 
TOP