Kisah Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang, Kerana Whatsapp Lucah

ads 1

Assalamualaikum,
Saya ibu kepada dua (2) orang anak dan berkahwin hampir lima (5) tahun. Kisah saya ialah tentang suami yang sudah terlanjur dengan isteri orang. Pada mulanya saya memang tak percaya suami saya akan berbuat demikian. Ini kerana saya tahu suami saya takkan buat perkara keji sebegitu.

Alangkah tekejutnya saya apabila saya baca perempuan itu telah memberikan alamat rumahnya kepada suami saya agar dapat datang segera. Ini kerana ‘line-clear’, suami perempuan itu tiada di rumah kerana sedang bekerja.

Sebelum ini, suami hanya sekadar mesej dan ber-Whatsapp dengan ramai perempuan. Saya tahu dia bermesej lucah dengan perempuan tersebut. Saya biarkan sahaja kerana ia hanya sekadar perkataan lucah. Saya juga percaya mereka tidak pernah bersua-muka.Tiba-tiba, pada satu malam, suami balik dari tempat kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Dia kata nak keluar jumpa kawan. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Namun, apabila pulang, dia terus tidur dan langsung tidak layan saya. Suami memberi alasan yang dia penat  bekerja.
Pada malam itu juga, semasa suami saya tidur, saya check dia punya Whatsapp. Alangkah tekejutnya saya apabila saya baca perempuan itu telah memberikan alamat rumahnya kepada suami saya agar dapat datang segera. Ini kerana ‘line-clear’, suami perempuan itu tiada di rumah kerana sedang bekerja.
Keesokkannya, saya mesej suami saya semasa dia di tempat kerja bertanyakan tentang perkara ini. Pada mulanya, suami tidak mengaku. Selepas puas saya memujuk, barulah dia mengaku. Luluh hati saya sangat-sangat. Saya tak tahu nak buat apa pada waktu itu. Sepanjang di rumah semasa dia ada, saya hanya mendiamkan diri sahaja.
ads 2

2 Responses to " Kisah Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang, Kerana Whatsapp Lucah "