Alif Satar Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

ads 1

Penyanyi dan pengacara Alif Satar,24, hari ini (Isnin) telah bergelar suami kepada pasangannya Sha Dila Halid,29, di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak.

Alif sah bergelar suami dengah sekali lafaz kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Upacara akad nikah  telah disempurnakan oleh bapa Sha Dila iaitu Halid Mohamad dengan nilai mas kahwin sebanyak RM80.

Selain itu Alif turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19 000 berserta 5 dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Majlis nikah penyanyi dibawah naungan Sony Music Snd Bhd yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir adalah penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa

Sementara majlis bersanding kedua-dua belah pihak pula akan diadakan pada 20 September.

Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.

Tahniah Alif, dari team Astro Gempak!

sumber
ads 2

0 Response to " Alif Satar Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz "

Post a Comment