Dato' Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Tegar Shila Amzah

ads 1

Peminat tegar Shila Amzah nampaknya harus bertenang dengan ketaksuban terhadap penyanyi kesayangan mereka ini. Bukan sahaja boleh buat imej penyanyi itu sendiri tercalar, malah ada yang seakan sengaja memperbodohkan diri sendiri.
Astro Gempak hari ini melaporkan yang Dato’ Siti Nurhaliza menjadi mangsa terbaru fitnah seorang peminat Shila Amzah di Instagram baru baru ini dan komen peminat itu sendiri mendapat perhatian penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Peminat itu mendakwa yang Dato’ Siti Nurhaliza banyak membeli dan memberikan hadiah kepada para wartawan hiburan Malaysia sehingga semua media bersikap baik dengan penyanyi itu dan tidak mempunyai banyak masalah sepanjang bergelar artis.
#01 Dato' Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Tegar Shila Amzah - ROTIKAYA
“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah. Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“ jawab Siti Nurhaliza.

Walaupun anda peminat tegar Shila Amzah atau mana mana penyanyi sekali pun, tidak manis dan sopan gayanya jika bersikap mahu melaga-lagakan mereka seperti ini. Artis itu sendiri pastinya malu jika ada peminat taksub tidka bertempat seperti ini. (rtky/m)

sumber ads 2

0 Response to " Dato' Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Tegar Shila Amzah "

Post a Comment