Datuk Hattan Dilantik Pengetua, Faizal Ismail Diumum Pengacara Bersama AF 2014

ads 1


Program realiti nyanyian, Akademi Fantasia 2014 kembali dengan kejutan khas buat para penonton apabila mengumumkan Datuk Hattan selaku pengetua dan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail atau FBI selaku pengacara bersama Zizan Razak di Konsert AF 2014.
Kemunculan FBI disegmen terakhir konsert sedikit mengejutkan kerana diumumkan bakal bergandingan dengan Zizan Razak bermula di konsert kedua yang akan berlangsung minggu hadapan.

Terdahulu, konsert pertama AF 2014 telah berlangsung  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dekat menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku seperti tahun-tahun sudah.
Antara tenaga pengajar lain yang turut terbabit dalam menjayakan AF 2014 ialah Siti Hajar (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Jihan Muse selaku hos untuk Diari AF.

Turut memperkenalkan dua juri tetap yang bakal menjadi pengkritik tetap buat 12 peserta iaitu Raja Azura dan Datuk Ramli MS selain Tam Spider menjadi juri jemputan di minggu pertama.
Dalam pada itu, #AF2014 kali ini Hafiz dan Stacy diumumkan sebagai juri juara di mana pada setiap minggu mereka akan memberi komen persembahan 12 pelajar tersebut yang akan dinilai secara virtual melalui aplikasi #AF2014 yang boleh dimuat turun di ‘APP Store’ dan ‘Google Play Store’.

Jadi,jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).
Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 7 September ini.
Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.af.com.my atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

sumber
ads 2

0 Response to " Datuk Hattan Dilantik Pengetua, Faizal Ismail Diumum Pengacara Bersama AF 2014 "

Post a Comment