Emas pertama ditarik balik

ads 1



Incheon (Korea Selatan): Atlet wushu wanita negara Tai Cheau Xuen, 24, didapati positif dadah sibutramine pada temasya Sukan Asia Incheon dan pingat emas yang dimenanginya ditarik balik.
Tai diuji selepas memenangi acara nanquan-nandao dalam semua pusingan pada 20 September lalu, sekaligus meraih pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Asia 2014.

Dalam kenyataan Majlis Olimpik Asia (OCA) yang dikeluarkan hari ini, Tai telah hilang kelayakan dalam sukan ini dan akreditasi beliau dibatalkan dan pingat beliau ditarik balik.

“Pengumuman rasmi mengenai ujian dadah ini ditangguhkan kerana Tai dan Jawatankuasa Olimpik Malaysia telah memohon sampel-B untuk diperiksa”, kata jurucakap OCA.
FotoTAI Cheau Xuen bersama emas yang dimenanginya 20 September lalu. FOTO AFP

Pemain bola sepak Tajik, Khurshed Beknazarov dan pemain tenis lembut (soft tennis) Kemboja juga disingkirkan kerana gagal melepasi ujian dadah dipercayai jenis sibutramine yang digunakan secara meluas sebagai diet tambahan untuk mengawal berat badan. - AFP

sumber
ads 2

0 Response to " Emas pertama ditarik balik "

Post a Comment