Lakon Babak Intim Dengan Zarina Anjoulie, Shuib Minta Kebenaran Siti Sarah

ads 1



Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu akui tidak mahu melakukan adegan intim bersama aktres seksi dan kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah dalam filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul ‘Amir & Loqman Pergi Ke Laut’ (ALPKL).

“Pada mulanya saya tidak mahu melakukan adegan tesebut kerana bimbang akan mengguris hati isteri saya. Tetapi selepas diyakinkan oleh Mamat Khalid, saya akhirnya bersetuju.

“Tetapi itu pun selepas berfikir panjang dan meminta kebenaran daripada Sarah. Saya hubungi Sarah dan bagitahu dia saya ada babak lakonan dengan Zarina. Sarah memberi persetujuan,” katanya.

Tambah Shuib lagi, melakokan adegan intim bersama Zarina merupakan cabaran terbesar buat dirinya kerana itu pertama kali dia terpaksa berlakon mesra bersama aktres wanita.

“Saya berat hati dan malu untuk buat adegan tu. Dengan semua mata (kru) tertumpu kepada saya, memang malu sangat.

“Sebenarnya babak saya dan Zarina bukanlah intim, tetapi agak daring kerana penampilannya yang agak seksi dalam ALPKL.

“Zarina seorang yang profesional dan dia sebenarnya seorang yang pemalu. Jadi saya harap penonton tidak beranggapan negatif kerana kami hanya buat kerja.

"Sebagai seorang pelakon saya hanya jalankan tanggungjawab saya seperti yag diminta pengarah. Lagipun saya lakukan di depan puluhan kru,” jelas Shuib ketika ditemui pada majlis tayangan media filem terbitan Tayangan Unggul itu, bertempat di e@Curve, pada Selasa.

Dalam pada itu bapa kepada dua orang anak ini memberitahu , pengalaman bekerja dengan Mamat Khalid adalah yang paling berharga dan tidak akan dilupakan.

“Abang Mamat garang kadang-kadang, tetapi ilmu yang dia berikan kepada saya memang sangat-sangat berguna.


“Awal-awal dulu saya memang takut nak pergi set sebab abang Mamat garang. Lagi satu yang menarik tentang Mamat Khalid ialah kita tak akan tahu apa sebenarnya yang dia nak, tetapi hasilnya di luar jangkaan. Dia ada magis tersendiri,” ujarnya.


ALPKL berkisar tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman (Shuib) yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster yang diketuai Big Joe (Sofi Jikan).

Amir dan Luqman perlu mendapatkan RM30,000 sebagai syarat untuk keluar dari kumpulan tersebut.
Namun cubaan mereka sering gagal. Masalah mula timbul apabila Balqis (Zarina Anjoulie) kekasih Big Joe jatuh hati kepada Luqman.

Berjaya atau tidak Amir dan Luqman keluar dari kumpulan kongsi gelap tersebut dan merealisasikan impian mereka untuk membuka kafe di tepi laut?

Saksikan Amir & Loqman Pergi Ke Laut  mulai 25 September ini di pawagam seluruh negara.

Filem terbitan Astro Shaw ini turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak

sumber                     ads 2

0 Response to " Lakon Babak Intim Dengan Zarina Anjoulie, Shuib Minta Kebenaran Siti Sarah "

Post a Comment