Neelofa Didakwa Tiru Rekaan Tudung Sastrahijabs

ads 1

admin tak tahu sangat mengenai tudung. Di mata admin semua nampak sama. Namun kalau tanya pada wife, mesti dia boleh bezakan. Yang ini kain keras, yang ini tak sesuai dengan muka bulat, yang ini mahal sebab kain berkualiti dan sebagainya. Industri tudung ini memang juta-juta punya business. Sebab itulah kita tengok banyak artis yang turut sama mempunyai jenama tudung mereka.

neelofa
Salah seorang daripada mereka ialah Neelofa yang telah tampil dengan tudung jenama ‘Naelofar Hijab’. Wife Abang Nara kata rekaan Naelofar ‘simple’ dan menarik. Tak susah nak digayakan. Menariknya hari ini kecoh di laman sosial apabila pemilik Sastrahijabs tampil mendakwa yang Neelofa telah meniru rekaan tudungnya. Hmmmm.
neelofa
Secara jujur admin selaku seorang lelaki tak nampak di mana persamaan tudung Sastrahijabs dan Naelofar Hijab. Orang lelaki bukan ambil kisah pun. Kalau nak belikan untuk isteri pun kitoarang hanya fikirkan harga je. Mahal sangat jangan beli. Menariknya pemiliknya Sastrahijabs mendakwa dirinya telah di’block’ selepas membuat teguran mengenai peniruan ini.
neelofa
Sukar juga nak cakap bab tiru meniru ini lebih-lebih lagi kalau tak ada copyright. Sebab itu tudung Fareeda satu ketika dahulu siap keluarkan mengenai ‘patern’ tudung mereka. Kalau tiru memang boleh disaman. Bab Naelofar dan Sastrahijabs ini susah sikit nak cakap. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Neelofa berkaitan hal ini. Terima kasih Masz Lynna untuk informasi ini.

sumber
ads 2

0 Response to " Neelofa Didakwa Tiru Rekaan Tudung Sastrahijabs "

Post a Comment