Disingkir Sebagai Pengacara Konsert #AF2014 Hanya Gimik – Jihan

ads 1

Ramai yang menyangka penyingkiran Jihan Musa pada malam konsert Akademi Fantasia 2014 baru-baru ini adalah situasi yang sebenar.

Disebabkan itu ramai peminat yang mahu Jihan dikekalkan dan tidak berpuas hati apabila gandingan Zizan Razak itu terpaksa menarik beg turun dari pentas.

Jihan ketika dihubungi memberitahu penyingkirannya sebagai pengacara utama di konsert AF 2014 pada malam Ahad hanya gimik semata-mata.

“Saya sudah diberitahu akan mengacarakan konsert AF 2014 pada minggu pertama dan bakal ada hos lain yang akan menggantikan saya.

“Saya juga maklum tentang gimik tersebut…Pada malam itu saya ‘berlakon’ supaya  kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu.

“Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan ramai yang tidak menyangkanya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episod Diari AF2014 sahaja.

“Lagipun memang konsep Akademi Fantasia yang sentiapa mahu memberikan kejutan setiap minggu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Malam Ahad lalu, AF 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan 4 bagasi yang membuat penonton menyangka  4 orang pelajar akan tersingkir pada malam itu.

Zizan mengumumkan nama Jihan sebagai individu yang tersingkir pada malam tersebut sebelum Faizal Ismail muncul di pentas.

Mengulas mengenai pengalaman pertama kali mengacarakan konsert AF2014, Jihan memberitahu perasaannya bercampur baur.

“Saya gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan acara pada malam itu namun tak dinafikan buat pertama kalinya saya rasa agak gugup namun aianya masih terkawal,” ceritanya.

Konsert Mingguan AF2014 disiarkan secara langsung setiap hari Ahad jam 9.00 Malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

sumber
ads 2

0 Response to " Disingkir Sebagai Pengacara Konsert #AF2014 Hanya Gimik – Jihan "

Post a Comment