Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran

ads 1


Mungkin Hriktik Roshan dikenali dengan sifat keras lebih-lebih lagi apabila melibatkan dunia lakonan. Jika terlibat menerusi aksi lagak ngeri, dia sering menolak untuk memakai pakaian keselamatan apabila diarahkan oleh pihak produksi.

Bukan sekali Hriktik hampir maut di lokasi penggambaran, bahkan gara-gara adegan pergelutan beberapa tahun lalu dia terpaksa menjalani pembedahan yang hampir meragut nyawanya.
Namun Hrithik masih tidak pernah serik dengan kejadian tersebut. Terbaru aktor kelahiran Mumbai ini hampir maut ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, Bang Bang.
“Saya hampir maut ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang tempoh hari. Saya mengalami sakit kepala yang tidak boleh digambarkan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Doktor menjelaskan saluran darah di kepala tersumbat dan harus menjalani pembedahan dengan segera.

“Tapi saya terpaksa terbang ke lokasi penggambaran yang seterusnya. Namun doktor memberi amaran jika tidak menjalani pembedahan dengan segera mungkin akan membawa maut,” jelas Hrithik.

Takut dengan amaran tersebut, Hrithik akhirnya akur dengan pemintaan pihak doktor dan segera melakukan pembedahan tersebut.
“Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ianya antara pengalaman yang cukup menakutkan kerana doktor harus mengeluarkan darah beku di bahagian kepala saya,” tambah Hriktik lagi.
Tidak mustahil, sikap keras kepala pelakon berusia 40 tahun ini sering menjadi bahan bualan dan rungutan mana-mana pihak produksi sebelum ini.

ads 2

0 Response to " Sikap Keras Kepala, Hrithik Roshan Hampir Maut Di Set Penggambaran "

Post a Comment