Super Spontan 2014: Ini Semua Komplot Jatuhkan Syuk – Tauke (John Senah)

ads 1



Tiada siapa menduga, pelawak yang sedang meningkat naik iaitu Syuk atau Masyuknya tersingkir terus dari program Super Spontan 2014.
Penyingkiran Masyuknya Jumaat minggu lalu berlaku selepas kumpulan yang diwakilinya, Mawas Berduri menerima undian yang rendah oleh para penonton.
Musuh seteru Masyuknya, Tauke (John Senah) mendakwa ahli kumpulan Mawas Berduri telah berkomplot untuk menyingkiran Masyuk bukan kerana persembahannya yang teruk.
“Sebenarnya Syuk disingkirkan bukan kerana prestasi atau persembahannya. Ini mungkin kerana komplot antara ahli kumpulan Mawas Berduri sendiri yang mahukan Syuk tersingkir terus dari Super Spontan 2014.

“Tula kawan depan-depan ketawa, dulu saya ajak masuk kumpulan Biawak Laser tak mahu,” jelas Tauke John Senah ketika ditemubual.
Dalam pada itu, pengacara Super Spontan 4 iaitu Afdlin Shauki agak terkejut dengan penyingkiran Syuk walaupun menunjukkan prestasi yang bagus sejak dua minggu yang lalu.
“Saya rasa dah smpi peringkat di mana setiap penyingkiran pasti akan menyakitkan atau memedihkan hati kerana saya memang betul minat dengan Syuk Masyuknya. Dia antara pelapis pelawak yang cukup bagus.

“Tapi itulah adalah nature dalam program Super Spontan, satu demi satu terpaksa disingkirkan sehingga kita dapat empat yang terbaik di peringkat terakhir,” ujar Afdlin Shauki.
Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Biawak Laser yang diketuai oleh Reza dan diwakili Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Michael Ang (Angpaou Man), Achey (Acik Gelek) dan Abam (Johnny Bear) berjaya menewaskan Mawas Berduri yang diwakili oleh Yus (Sugar Kane), Rahim (Underteko), Jihan (Jihan Everdeen), Fad (Shawn Mail), Johan (Abe Macho) dan Syuk (Masyuknya) di minggu ketiga.
Jangan lupa untuk menyaksikan Warna Super Spontan yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula  jam 10 malam!

sumber
ads 2

0 Response to " Super Spontan 2014: Ini Semua Komplot Jatuhkan Syuk – Tauke (John Senah) "

Post a Comment