Anak Che Ta Kongsi Gambar Bakal Menantu

ads 1


Anak sulung pengacara dan pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) pada pagi Ahad telah berkongsi sekeping foto dia bersama seorang gadis bertudung di akaun peribadi Instagram miliknya.

Ammar Effendy, 18, memuat naik sekeping foto dia bersama gadis itu bersempena ulangtahun ke-16 wanita tersebut.

Pada foto tersebut Ammar juga telah menulis kapyen; I wish that your 16th birthday is made of all those things that you dreamt of. Have a sweet 16th birthday! Much love and blessings coming your way.

Disebabkan foto dan kapsyen tersebut, ramai yang meneka gadis comel itu bakal menantu Che Ta.

Foto tersebut dipercayai telah dirakamkan di sebuah hotel lima bintang di ibu kota, dan mungkin Ammar bersama rakan-rakan lain ke sana untuk meraikan ulangtahun kelahiran teman istimewanya itu.

Ekoran daripada itu, ramai pengikut Instagram Ammar yang rata-ratanya wanita telah meninggalkan komen patah hati dan kecewa.

Bagaimanapun nama gadis cantik tersebut tidak diketahui.

sumber
ads 2

0 Response to " Anak Che Ta Kongsi Gambar Bakal Menantu "

Post a Comment