Dua tentera, penuntut UiTM hilang nyawa

ads 1



Foto
Machang: Dua anggota tentera dan seorang penuntut UiTM maut selepas kereta yang dinaiki bertembung sesama sendiri di KM 4.5 di Kampung Sungai Emas, Jalan Machang-Pasir Puteh awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu penuntut UiTM Nor Syafiq Nor Azim, 19, dan dua anggota tentera Sairul Shaiful, 26 dan rakannya, Abd Rahim Hat, 33, meninggal dunia di tempat kejadian. 
Kesemua mangsa di bawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Kamal Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu Nor Syafiq terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Datsun yang dipandu Abd.
"Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat dibawah Sek41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 

ads 2

0 Response to " Dua tentera, penuntut UiTM hilang nyawa "

Post a Comment