Kisah Sebenar 5 Warga Bangladesh Tidak Diberi Daging Korban

ads 1






Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan lima orang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh sedang menunggu untuk diberikan agihan daging korban di sebuah masjid yang tidak dinyatakan lokasinya pada 7 Oktober yang lepas.

Selepas selesai solat sunat hari raya Aidiladha, upacara korban dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
4
5 lelaki warga Bangladesh ini mahu menyaksikan ibadah korban tersebut dihalau bagaikan binatang oleh seorang individu yang bergelar Haji. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut kempunan mendapatkan agihan daging korban.
3
Namun, ada pihak yang mengatakan pada ketika itu, daging-daging masih belum siap dibungkus. Pihak masjid juga telah mempelawa mereka makan tengah hari bersama dan mereka turut diberikan kupon.
1
Akan tetapi dakwaan itu dinafikan terus oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian dan mendakwa kenyataan terbabit cuba memburukkan imej UMNO.
11
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Hairun NishaQaliesya, pakcik yang dikatakan Haji itu, memang ada bertanya kepada lima lelaki warga Bangladesh terbabit sama ada mereka Islam ataupun bukan. Setelah mendapati mereka beragama Islam, pakcik terbabit memberikan mereka makan dan juga daging korban. Bukan seperti yang didakwa oleh pengguna Twitter terbabit yang nyata melencong dari fakta asal.

sumber: mymediahub

ads 2

0 Response to " Kisah Sebenar 5 Warga Bangladesh Tidak Diberi Daging Korban "

Post a Comment