Muat Naik Gambar Limpa - Pelatih Kejururawatan Dibuang Dari Sekolah Perubatan

ads 1



Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas dia memuatnaik gambar organ seorang remaja dalam instagramnya ketika pembedahan dilakukan ke atas pesakit tersebut di hospital Kazan.
Lebih malang, Gulnaz Yalalova, 20, bukan sahaja memuat naik gambar limpa remaja yang cuba membunuh diri itu malah dia turut mempersendakan remaja perempuan itu bersama rakan-rakannya.
Tindakan Gulnaz itu disifatkan sebagai tidak beretika apatah lagi dia menggelar pesakit berkenaan sebagai ‘275lbs schizo’.

Remaja berkenaan berusia 16 tahun dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk, cedera di kepala dan limpa terkoyak setelah terjun melalui tingkap dari tingkat 8.
Semua butiran tersebut didedahkan oleh Gulnaz dalam media sosial ketika dia dan rakan-rakannya mengutuk remaja terbabit.
Susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Gulnaz telah dilarang kembali ke hospital berkenaan dan dia juga bakal dibuang dari sekolah kejururawatan itu.
“Saya amat-amat tidak bersetuju dengan tindakan (memuat naik gambar) ini. Ia adalah sesuatu yang teruk.

“Ia merupakan pembedahan yang serius di mana seorang gadis muda terjatuh dari tingkap lapan. Pasukan doktor cuba menyelamatkan nyawa gadis itu sepanjang pembedahan namun dia meninggalkan situasi pembedahan tersebut untuk mengambil gambar.
“Sudah tentu dia tidak akan kembali menjalani latihan perubatan,’’ kata pengarah hospital terbabit, Rustem Gaifullin.

sumber
ads 2

0 Response to " Muat Naik Gambar Limpa - Pelatih Kejururawatan Dibuang Dari Sekolah Perubatan "

Post a Comment