Perodua telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab isu Gambar Gandar Perodua Tercabut

ads 1





Status : Dinafikan Oleh Perodua

Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar di media sosial yang menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati. Mesej tersebut berbunyi seperti berikut "Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."

Memandang serius isu penyebaran mesej ini, Perodua tampil memberikan penjelasan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain. Menurutnya lagi, Perodua mengambil berat akan kualiti kereta-kereta keluarannya, memetik kenyataan rasmi oleh Perodua.



Setelah disiasat, ternyata salah satu gambar yang tersebar sebenarnya adalah gambar dari kemalangan, bukannya secara tiba-tiba tercabut. Pemilik asal kereta Alza merah tampil memberi penjelasan berkenaan perkara itu yang dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut.

Kenyataan dari pemilik Alza

Laporan polis berkenaan kemalangan


Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.


Tidak jelas apa tujuan pihak yang menyebarkan mesej ini tetapi apa yang jelas, mesej yang disampaikan olehnya itu tidak menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham(gandar kereta tercabut sendiri) dalam kalangan pengguna kereta Perodua. 

sumber- SiakapKeli.com
ads 2

0 Response to " Perodua telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab isu Gambar Gandar Perodua Tercabut "

Post a Comment