Super Spontan 2014: Saya Sedikit Kecewa – Jihan Muse

ads 1



Pelawak Jihan Muse akui sedikit kecewa dan tertekan selepas tersingkir di gelanggang separuh akhir Super Spontan 2014 yang diadakan di Stadium Sukpa, Kuantan minggu lalu.
Menurut Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa, penyingkiran tersebut memadamkan harapan untuk menjadi satu-satunya wanita yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir gelanggang Super Spontan 2014.

“Saya akui sedikit tertekan dan kecewa selepas tersingkir minggu lalu. Pada awalnya, saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk bersaing hingga ke gelanggang separuh akhir. Tapi bila dah berada di tahap ini, saya rasa ianya peluang yang baik sebab belum ada lagi peserta wanita yang pernah menjejakkan kaki ke gelanggang akhir Super Spontan.

“Kami bermain dengan baik minggu lalu, tetapi mungkin undian tidak memihak buat kumpulan Mawas Berduri. Walau bagaimanapun terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sentiasa menyokong kumpulan Mawas Berduri sejak dari minggu pertama Super Spontan 2014 bersiaran,” ujar Jihan ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu, Jihan menafikan kecewa dan tertekan selepas disingkirkan oleh ahli kumpulan sendiri walaupun dia dilihat antara peserta yang paling menonjol setiap minggu.
“Saya bukan kecewa atau tertekan kerana mereka undi singkirkan saya. Kumpulan Mawas Berduri dibarisi pelawak yang hebat dan ada yang pernah menyertai program Super Spontan sebelum ini.
“Nama mereka cukup kuat dan saya akui mereka memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri, contoh seperti Johan dan Pak Yus. Bukan rezeki untuk ke peringkat seterusnya dan saya tetap bersyukur kerana mampu bertahan sehingga di gelanggang separuh akhir,” jelas Jihan lagi.

Ditanya siapa yang bakal menjadi peserta ‘favourite’ untuk gelanggang akhir Super Spontan 2014, Jihan yakin Johan dan Tauke adalah pelawak yang cukup layak untuk bergelar juara untuk edisi ketiga Super Spontan.

“Johan dan Tauke adalah dua nama yang cukup kuat untuk dinobat sebagai juara Super Spontan 2014. Mereka berdua cukup pantas dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam permainan spontan,” jawab Jihan mengakhiri perbualan.

ads 2

0 Response to " Super Spontan 2014: Saya Sedikit Kecewa – Jihan Muse "

Post a Comment