8 Benda Yang Biasa Bagi Orang Malaysia, Tapi Diharamkan di Luar Negara

ads 1




1 - Walker Bayi

Diharamkan di Kanada.
Kenapa : Pada 2004, saintis di Kanada mendapati walker bayi boleh membawa kepada kecederaan kepala, patah tulang, dan maut kerana ia boleh memberikan bayi kepantasan yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.

2 - Mannequins

Diharamkan di Iran
Kenapa : Pada 2009, kerana penularan fesyen-fesyen dari barat, kerajaan Iran mengharamkan kedai-kedai baju dari mempamerkan patung-patung perempuan yang menampakkan bentuk badan seksi dan tanpa hijab.

3 - Penyedut Vicks

Diharamkan di Jepun
Kenapa : Kerana alat ini mempunyai kandungan pseudoephedrine yang mana diharamkan dalam undang-udang penggunaan dadah di Jepun.

4 - Seluar Jeans Biru

Diharamkan di Korea Utara
Kenapa : Di Korea Utara, seluar jeans biru adalah simbol Amerika Syarikat.

5 - Topeng Masquerade
Diharamkan di Arab Saudi
Kenapa : Pada 2013, Arab Saudi telah mengharamkan topeng muka yang digunakan di dalam filem "V for Vendetta" dan mula merampas topeng-topeng muka yang dijual di pasarannya. Hari ini apa jua jenis topeng Masquerade di haramkan di negara itu.

6 - Gula-gula Getah

Diharamkan di Singapura
Kenapa : Pada 1992, Perdana Menteri Singapura mengharamkan jual beli dan import gula-gula getah. Ini kerana gula-gula getah dikatakan boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara apabila ia digunakan sebagai alat memvandal seperti diletakkan di sensor pintu, di pintu-pintu LRT dan sebagainya.

7 - Filem "Anna & The King"

Diharamkan di Thailand
Kenapa : Filem ini di haramkan di Thailand kerana ia dikatakan menghina sistem monarki negara tersebut dan tidak menceritakan dengan tepat sejarah Thai.

8 - Pokemon

Diharamkan di Turki
Kenapa : Dua kes kanak-kanak Turki terjun dari balkoni pada tahun 2000 kerana percaya mereka memunyai kuasa seperti Pokemon. Kerajaan Turki kemudian mengharamkan rancangan TV pokemon selepas itu. Namun kini status sama ada ia diharamkan lagi atau tidak diketahui.
sumber
ads 2

0 Response to " 8 Benda Yang Biasa Bagi Orang Malaysia, Tapi Diharamkan di Luar Negara "

Post a Comment