Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid kahwini pelakon Indonesia Tya Ariffin

ads 1
Asyraf Khalid, 23, bersama isterinya, Nurtria Wulandari Ariffin atau Tya Ariffin, 21. - Foto Instagram
Asyraf Khalid, 23, bersama isterinya, Nurtria Wulandari Ariffin atau Tya Ariffin, 21. – Foto Instagram
Anak tiri penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Asyraf Khalid, 23, selamat diijabkabul dengan pasangannya yang juga pelakon Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin atau Tya Ariffin, 21, di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.
Pasangan itu sah bergelar isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM1,000.
Majlis persandingan yang diadakan selepas pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama rakan artis, antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Johan Raja Lawak dan Mark Adam.
Asyraf dan Tya mengikat pertunangan pada 21 Ogos lalu di Palembang, Indonesia.
Tya ialah model dan juga pelakon di negara jiran manakala Asyraf pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia (GBM).
ads 2

0 Response to " Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid kahwini pelakon Indonesia Tya Ariffin "

Post a Comment