Respon BERANI MATI Adira Buat Nabil Selepas Mempersenda Pakaiannya Dalam Gegar Vaganza

ads 1



KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira menjelaskan beliau tidak tersinggung dengan jenaka pengacara program Gegar Vaganza musim kedua, Nabil Ahmad membuat lawak dengan pakaian yang digayakannya ketika hadir sebagai penyanyi jemputan Ahad lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, menganggap lawak Nabil yang mempersenda busana yang dipakai kelihatan seperti jubah konvokesyen sekadar bahan jenaka bagi memeriahkan lagi program itu.

"Bagi saya, biasalah usik mengusik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya maklum dengan tugas Nabil selaku pengacara dan beliau juga dikenali sebagai pelawak popular.

"Saya tidak terasa hati kerana sememangnya saya menyukai baju yang digayakan pada malam itu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat tersendiri.




"Namun dalam masa sama, saya juga ingin menjaga sensitiviti pereka fesyen yang membuat baju itu. Secara peribadi, saya tidak tersinggung atau terasa hati," katanya kepada BH Online.

Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu hadir memeriahkan program Gegar Vaganza 2 sebagai penyanyi jemputan menyampaikan lagu Disebalik Rahsia Cinta bersama penyanyi Ezad Lazim.


Dalam perkembangan terkini, gadis kelahiran Sabah itu berkongsi bakal ke Lombok, Indonesia dalam masa terdekat untuk menjalani penggambaran klip video single terbaharunya berjudul Kekasih Teragung.
 
ads 2

0 Response to " Respon BERANI MATI Adira Buat Nabil Selepas Mempersenda Pakaiannya Dalam Gegar Vaganza "

Post a Comment