Enam kereta bawah RM60,000 yang sesuai jadi kereta pertama anda

ads 1
Umumnya ramai yang mengidam untuk membeli kereta baharu bila sudah mula bekerja tetapi kereta mana yang sesuai untuk menjadi kereta pertama anda? Hasil kajian menunjukkan ada beberapa faktor yang menyebabkan sebuah kereta itu menjadi pilihan seseorang. Antaranya ialah rekabentuk yang menarik, harga dan kerana ramai yang menggunakannya (viral effect).
Di sini, kami kongsikan lima jenis kereta baharu berharga bawah RM60,000 yang telah kami pandu uji dan kami yang rasa sesuai untuk dijadikan kereta pertama anda.
Perodua-Axia-press-shot-front-three-quarter
1. Perodua Axia
Kereta baru termurah di Asean ini datang dengan hanya satu pilihan enjin, 998cc. Axia ialah pengganti Viva dan ia lebih besar dari Viva, malah kabinnya mempunyai ruang lega kaki yang hampir sama besar dengan Myvi.
Harga Axia bermula dari serendah RM24,437.16 (Axia E Manual) dan seperti model Kancil, Kelisa dan Viva, Axia mudah dikendali, menjimatkan minyak dan murah untuk diselenggarakan.
Lebih besar, lebih nilai, itulah Axia.
Myvi_3_4_FRONT_LEFT_SILVER-e1421293248807

2. Perodua Myvi
Myvi kini diberi sedikit suntikan kosmetik agar nampak lebih ranggi.
Jualan Myvi sebenarnya terganggu sedikit selepas pelancaran Axia, tetapi kini ia semakin pulih. Myvi ialah kenderaan nombor satu negara (dari segi jualan) sejak sembilan tahun yang lalu, menjadikan Perodua sebagai syarikat kenderaan nombor satu Malaysia.
Masih dengan dua pilihan enjin, 1.3L dan 1.5L dan dua transmisi, manual dan automatik, Myvi dikatakan sebuah kereta “tanpa kelas” kerana semua orang membeli Myvi – baik yang sederhana atau mereka yang jutawan. Ia ialah pembelian “default” atau pembelian tanpa fikiran kerana Myvi terbukti bebas dari sebarang masalah kronik dan nilai jual baliknya (trade in value) lebih tinggi dari kereta nasional lain.
Jika transmisi automatik menjadi pilihan, enjin 1.5L liter ialah belian terbaik kerana memberikan prestasi dan penjimatan yang bagus.
Harga Myvi bermula dari RM41,500.00 untuk versi 1.3 Standard G Manual.
Proton-Saga-Plus-2015-001
3. Proton Saga SV
Proton Saga ialah kereta sedan paling murah di Asean dan ia menjadi pilihan pertama untuk keluarga yang mahukan sebuah kereta baru mampu milik. Oleh kerana ia sebuah sedan, ia mampu dijadikan kenderaan utama untuk sebuah keluarga kerana mempunyai ruang letak barang yang besar (413 liter, berbanding dengan Myvi dengan 208 liter sahaja).
Saga datang dengan transmisi manual dan auto (CVT) dan dua jenis enjin, 1.3L dan 1.6L. Untuk yang mahukan prestasi, model Saga FLX SE Executive CVT dengan enjin 1.6L memang menarik. Jika penjimatan bahan api yang dipentingkan, model 1.3L manual ialah pilihan terbaik.
Proton Saga bermula dari RM33,242.40 untuk Saga SV Manual.
2015-proton-iriz-5
4. Proton Iriz
Model terbaru Proton ialah antara model paling canggih dari jenama nasional ini. Dibangunkan 100 peratus oleh Proton, ia menggunakan enjin 1.3L yang telah diperbaharui agar lebih menjimatkan.
Walaupun nampak kecil, ruang kabin Iriz sebenarnya boleh dibandingkan dengan Perodua Myvi. Malah, ruang but Iriz sebesar 215 liter sebenarnya lebih besar dari Myvi. Seperti Proton yang lain, pengendalian cukup memuaskan dan mampu membuat mereka yang suka memandu tersenyum riang. Ada dua jenis enjin dan transmisi untuk Iriz, 1.3L dan 1.6L dan transmisi manual atau automatik.
Harga Iriz bermula dari RM41,077 untuk versi 1.3L dengan transmisi manual.
1392626775-1
5. Suzuki Alto
Kereta comel dari Suzuki ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Enjin 1.0L 3 silinder dengan transmisi automatik 4 kelajuan mementingkan penggunaan minyak yang rendah tapi dalam pakej yang cantik.
Sekelas dengan Perodua Axia, Alto mempunyai ruang kabin yang lebih mewah dan selesa dari Axia dan boleh didapati dalam warna-warna ceria (merah metalik, biru metalik, putih mutiara dan perak metalik).
Kompak, bergaya dan menjimatkan, harga Alto bermula dari RM46,241.00
http://www.autogaleria.hu -

6. Kia Picanto
Jika anda mahukan sebuah kereta yang stylo tetapi sarat dengan aksesori keselamatan dan modern, Kia Picanto memang sesuai untuk anda.
Lengkap dengan enam beg udara, traction control, sistem kawalan stabiliti, lampu projektor dengan lampu LED siang (DRL), butang start/stop, sistem keyless entry, butang kawalan audio pada stereng dan rekaan yang sangat menarik, Picanto pasti mengujakan.
Datang dengan dua pilihan transmisi (manual dan automatik) dan enjin 1.2l Kappa yang menjimatkan, Picanto dijual dari harga RM54,888.00 beserta 5 tahun waranti.
ads 2

0 Response to " Enam kereta bawah RM60,000 yang sesuai jadi kereta pertama anda "

Post a Comment