Kalau kes derma Najib boleh lepas, kenapa kes derma pembangkang tak lepas?

ads 1

KALAU KES DERMA NAJIB BOLEH LEPAS, KENAPA KES DERMA PEMBANGKANG  TAK LEPAS?

Derma politik: Bekas pegawai khas MB Selangor patut dibebas
Derma politik: Bekas pegawai khas MB Selangor patut dibebas
Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu berkaitan derma RM50,000, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
Peguamnya Manjeet Singh Dhillon memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berkata di Parlimen pada Disember tahun lepas, melalui hansard parlimen, bahawa sumbangan politik adalah tidak mengapa dan tidak harus dihukum.
Beliau berkata dalam kes melibatkan anak guamnya, derma politik diperoleh sebagai meraikan 100 hari (Pakatan Rakyat) memerintah pada 2008, apabila penderma dikenal pasti dan parti politik sebagai penerima (PKR) juga dikenal pasti dan penderma mengakui bahawa dia memberi sumbangan sukarela dan tidak salah anggap tentang tujuan apa derma itu parti politik menyediakan akaun yang diaudit.
Manjeet Singh Dhillon berhujah bahawa penderma, Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Abdul Karim Munisar memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tertipu apabila menyumbang RM50,000 untuk meraikan 100 hari pembangkang memerintah.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi perundangan dan fakta apabila mendapati Mohd Yahya, 49, bersalah atas tuduhan menipu Abdul Karim supaya memberikannya RM50,000 sebagai derma untuk meraikan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah pada 4 Jun, 2008 dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan ke atasnya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berhujah bahawa dua orang saksi telah memberi keterangan bahawa mereka tidak memberi arahan untuk Mohd Yahya membuka akaun sebuah bank untuk parti politik bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata ini menunjukkan bahawa Mohd Yahya telah bertindak secara mala fide dengan membuka akaun bank atas nama parti politik.
Panel tiga orang hakim yang diketuai Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim juga mendengar rayuan yang difailkan pihak pendakwaan berkaitan satu lagi pertuduhan yang dihadapi oleh Mohd Yahya.
Ia berkaitan pembebasan Mohd Yahya daripada pertuduhan berhubung penggunaan “Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor” yang dipalsukan sebagai sah di sebuah bank di Bandar Sunway pada 14 Mei 2008.
Panel menangguhkan keputusan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan dalam kedua-dua rayuan. Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah akan memaklumkan mengenai tarikhnya kepada pihak-pihak dalam rayuan itu. – Bernama

Sumber: Sinar Harian
ads 2

0 Response to " Kalau kes derma Najib boleh lepas, kenapa kes derma pembangkang tak lepas? "

Post a Comment