Lelaki menyamar wanita curi emas RM200,000

ads 1

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah (Kanan) menunjukkan gambaran suspek yang menyamar sebagai wanita dalam satu kes curi kedai emas di Bukit Payong, Marang Sabtu lalu. - Foto Syahirah Abdullah 

MARANG: Walaupun menyamar sebagai wanita bertudung merah jambu, kecekapan polis berjaya menahan seorang lelaki yang mencuri barangan kemas bernilai RM200,000 dari sebuah kedai di Bukit Payong di sini. Suspek berusia 35 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan, ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Dua di sini, pada jam 11.30 malam semalam, selepas polis mengenal pasti identitinya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai emas berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata polis yang meneliti rakaman CCTV mengenal pasti lelaki terbabit yang datang ke kedai emas itu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.30 petang, 

Rabu lalu. Beliau berkata, suspek ketika itu menjual cincinnya di kedai emas itu sambil mengambil peluang mengintai keadaan kedai sebagai persediaan untuk menjalankan kegiatan jenayahnya. Katanya, bertindak daripada hasil rakaman CCTV itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang menyerbu rumah sewa suspek di Kampung Rhu Dua kelmarin, sebelum suspek mengakui menyamar dengan memakai pakaian wanita lengkap bertudung merah jambu bagi mengaburi pihak berkuasa. 

"Polis yang melakukan pemeriksaan dalam rumah suspek menemui beberapa utas barangan kemas di atas sebuah toto berwarna merah. "Pemeriksaan lanjut kemudian menemui satu beg berwarna coklat yang tergantung pada penyidai kain mengandungi beberapa utas lagi barangan kemas. 

"Suspek mengaku menyorokkan beberapa lagi barangan kemas di beberapa tempat termasuk dalam kasut dan beg di rumahnya itu yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM80,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini. KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, 

ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah (kiri) dan Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali menunjukkan sebahagian barang kemas yang dijumpai semula selepas menahan suspek yang mencuri barang kemas dalam sebuah kedai emas di Bukit Payong dua hari lepas, di satu sidang media, Isnin. - Foto Syahirah Abdullah



sumber
ads 2

0 Response to " Lelaki menyamar wanita curi emas RM200,000 "

Post a Comment