MEMALUKAN INILAH PUNCA SEBENAR WANITA INI TERSALAH MASUK MAJLIS SHAHEIZY SAM

ads 1


shahiezy-sam
PETALING JAYA: Majlis pengumuman perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin semalam di sebuah hotel kecoh seketika apabila seorang wanita dikatakan tersilap masuk majlis.

Wanita itu yang menutup sebahagian mukanya dengan penuh yakin berjalan masuk ke dalam majlis itu manakala jurugambar pula sibuk merakam gambarnya kerana menyangka dia adalah Syatilla.

Wanita itu kemudian duduk di tempat yang disediakan untuk bakal pengantin perempuan menyebabkan Shaheizy Sam dan ibunya, Mummy Khathy, agak sedikit terkejut dan terpinga-pinga.

Dalam rakaman video itu, ibu Shaheizy Sam kelihatan berbisik sesuatu kepada wanita terbabit dan mungkin memaklumkan dia tersilap. Wanita terus bangun dan meminta maaf.

Kejadian itu disaksikan wartawan hiburan tempatan dan sempat dirakam oleh salah seorang tetamu yang hadir.

Shaheizy Sam dan Syatilla akan berkahwin pada 9 Februari ini dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat tajaan sebanyak RM25 juta.

Sumber: siaranawani
ads 2

0 Response to " MEMALUKAN INILAH PUNCA SEBENAR WANITA INI TERSALAH MASUK MAJLIS SHAHEIZY SAM "

Post a Comment