Mengejutkan! Inilah Design Jersi Yang Bakal Digunakan Pasukan Kelantan Musim Depan

ads 1


PETALING JAYA: Teka- teki sama ada pasukan The Red Warrior (TRW) akan menggunakan jersi merah jambu bagi saingan Liga Malaysia musim ini akhirnya terjawab.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida mengesahkan TRW akan menyarung jersi merah jambu sekiranya kata sepakat perjanjian tajaan selama dua musim dicapai dalam masa terdekat.

Malah beliau turut teruja berkongsi lakaran jersi idamannya untuk tatapan penyokong TRW.

Menurut Dr Vida, beliau memilih untuk menggunakan sentuhan tiga warna iaitu merah jambu, putih dan hitam bagi jersi tersebut.

Selain itu di tengah- tengah jersi tersebut akan diletakkan slogan Pamoga Qu Puteh, salah satu syarat utama dalam perjanjian tajaan ini.


Usahawan wanita kelahiran Machang ini berkata draf lakaran jersi tersebut juga masih dalam proses untuk disiapkan.


Sumber : /http://www.mstar.com.my/
ads 2

0 Response to " Mengejutkan! Inilah Design Jersi Yang Bakal Digunakan Pasukan Kelantan Musim Depan "

Post a Comment