Punca Sebenar Pelajar Ini Digilis Lori Hingga Putus Kedua-Dua Kaki Rupa-Rupanya Buukan Salah Lori Tersebut

ads 1




SABAK BERNAM: Malang bagi seorang pelajar perempuan dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini kerana terlibat dalam kemalangan sehingga kedua-dua belah kakinya putus setelah digilis oleh sebuah lori kira-kira petang tadi di Parit 16, Sungai Panjang.

Mangsa dikatakan bersama adiknya menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan pulang kerumah dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang.

Mangsa lalu terjatuh ke tengah jalan dan tidak sempat untuk bangun lalu digilis oleh sebuah lori dipercayai dengan muatan tanah.

Difahamkan pemandu kereta dan lori terbabit melarikan diri selepas kejadian, namun beberapa keping gambar mula viral mengatakan bahawa pemandu lori tersebut sudah ke balai untuk membuat laporan.



Mangsa bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.
sumber
ads 2

0 Response to " Punca Sebenar Pelajar Ini Digilis Lori Hingga Putus Kedua-Dua Kaki Rupa-Rupanya Buukan Salah Lori Tersebut "

Post a Comment