Setelah Selangor Tidak Serius Dengan Khidmatnya Akhirnya Azidan Sarudin Buat Keputusan Mengejutkan Menyertai Pasukan Ini

ads 1




Azidan Sarudin kini dilaporkan bersama bekas pasukannya iaitu Kuala Lumpur yang pernah mewakilinya dari 2006 sehingga 2010.

Sebelum ini Azidan menjalani latihan bersama juara Piala Malaysia tahun lalu, Selangor namun tidak ditawarkan kontrak di atas faktor kecergasan. 

Namun jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria menyatakan kesanggupan untuk mendapatkan khidmat bekas pemian tengah Pahang ini bagi memperkuatkan skuad warga kota. 

Ismail yang ditemui ketika aksi persahabatan antara Selangor dengan Kuala Lumpur pada Selasa juga menegaskan pengambilan Azidan ke Kuala Lumpur bukanlah atas faktor simpati, tetapi lebih kepada kredibiliti Azidan selaku pemain berpengalaman. 

"Saya nampak ada keistimewaan, pertama dia anak watan KL, kapten KL pada suatu masa dan pernah menaikkan nama KL. Dengan kecederaan yang menimpa, dia mungkin berehat tidak lama di mana lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi dia boleh kembali bermain.

"Saya mahu memberinya peluang dan membantu KL untuk musim 2016 ini, menarik saya rasa. 

"Saya nak menunjukkan KL lebih serius pada tahun 2016 untuk berada di Liga Super pada 2017," kata bekas jurulatih yang pernah membimbing Sime Darby musim lalu. 

Untuk rekod, Azidan pernah beraksi bersama skuad KL dari tahun 2006 sehingga 2010. 
ads 2

0 Response to " Setelah Selangor Tidak Serius Dengan Khidmatnya Akhirnya Azidan Sarudin Buat Keputusan Mengejutkan Menyertai Pasukan Ini "

Post a Comment