ALAHAI COMELNYA DATUK SITI MALU-MALU MENARI TARIAN BOLLYWOOD

ads 1


Alahai Comelnya Datuk Siti Malu-Malu Menari Tarian Bollywood

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak melepaskan peluang menari tarian lagu Bollywood berjudul Chak Dum Dum yang popular menerusi filem Dil To Pagal Hai.

Datuk Siti yang hadir ke majlis resepsi pereka fesyan terkenal Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini) mendapat tepukan ramai sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pentas untuk menari.

Walaupun Datuk Siti kelihatan malu-malu namun isteri kepada Datuk K itu tetap kelihatan comel dan tersenyum  manis  seperti heroin hindustan sepanjang lagu tersebut dimainkan.

Datuk Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti itu juga turut berkongsi beberapa video tariannya menerusi akaun Instagram (IG).

Video tersebut menerima komen positif dan rata-ratanya memuji kecomelan idola kesayangan mereka menari.

Di sini Astro Gempak kongsikan video comel Datuk Siti:
A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
part 2
A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
sumber
ads 2

0 Response to " ALAHAI COMELNYA DATUK SITI MALU-MALU MENARI TARIAN BOLLYWOOD "

Post a Comment