BEGINILAH REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI (17 GAMBAR)

ads 1
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI10
Sudah menjadi seperti acara tahunan, deretan kereta mewah milik golongan kaya dari negara Arab akan memenuhi jalan di sekitar London.
Golongan kaya dari negara Asia Barat ini datang ke London setiap tahun kerana mahu mengelak cuaca panas di negara mereka.
Mereka bukan sahaja membawa gaya hidup eksklusif tetapi sanggup berbelanja tinggi untuk membawa kereta mewah mereka mengembara beribu-ribu kilometer bersama.
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI4
Syarikat Franklin antara firma yang menawarkan perkhidmatan eksklusif bagi membawa kereta mewah dan menguruskan percutian golongan kaya ini di London.
Pemiliknya, Michael Shaw berkata, pelanggan mereka tidak menghiraukan bayaran yang tinggi semata-mata mahu kenderaan mewah mereka tiba dalam keadaan baik.
Perarakan kereta mewah di sekitar Knightsbridge dan Sloane Square di London ini sering menjadi tarikan pengunjung.
Ada yang mengambil peluang merakam seberapa banyak gambar dengan kereta yang sangat jarang ditemui ini sementara si pemiliknya berbelanja di butik eksklusif.
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI12
Bagaimanapun, untuk membawa kereta mewah di kota terkenal itu bukan sesuatu yang boleh dirancang dalam masa yang singkat.
Ia memerlukan perancangan selama beberapa bulan untuk mengatur ketibaan kereta dengan bantuan sepasukan besar kakitangan.
Menurut Shaw, sesetengah pelanggan akan menghantar kenderaan menggunakan kapal beberapa minggu sebelum ketibaan mereka di kota itu.
Namun, ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja sehingga 40,000 (RM260,000) untuk menghantarnya dengan pesawat.
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI15
Pelanggan kami ada di serata dunia tetapi yang sering menggunakan perkhidmatan kami kebanyakannya dari Asia Barat.
Mereka gemar menghabiskan masa di London ketika musim panas di bandar itu.
Memiliki kereta mewah melambangkan status seseorang, kerana itu mereka memilih membawanya bersama, katanya.
Syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan mengecat dan ubah suai khas bagi menjadikan kereta pelanggan lebih menonjol.
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI3
Ada pelanggan yang mahukan kereta Lamborghini mereka bersadur emas.
Kos ini sahaja menelan belanja kira-kira lima kali lebih mahal daripada harga asal kereta, jelasnya.
Selain perkhidmatan menghantar kenderaan, syarikat itu turut menyediakan pengendali haiwan, tukang kebun dan kru kapal layar untuk pelanggan mereka ketika berada di London.
Pereka dalaman turut diupah untuk memastikan tempat penginapan yang disewa golongan ini sesuai dengan selera mereka.
Shaw juga pernah melihat sendiri bagaimana jutawan ini menghabiskan 50,000 (RM320,000) dalam masa sepuluh minit sewaktu membeli barang kemas dan jam tangan.
14 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI114 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI2114 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI2014 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1914 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1614 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1514 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1314 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1214 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI1014 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI914 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI814 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI714 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI614 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI514 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI414 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI314 FOTO REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI2

sumber

ads 2

0 Response to " BEGINILAH REALITI SEBENAR KEHIDUPAN SOSIAL PARA JUTAWAN PAK ARAB DI DUBAI (17 GAMBAR) "

Post a Comment