DOKTOR SAHKAN OTOT DI BAHAGIAN JANTUNG USTAZ KAZIM ELIAS LUKA

ads 1


Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias kini ditempatkan di wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pegawai Khas Mohd. Kazim, Rafi Rahman berkata, setakat ini doktor mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka.
Doktor sahkan otot di bahagian jantung Ustaz Kazim Elias luka
Doktor sahkan otot di bahagian jantung Ustaz Kazim Elias luka
“Pihak hospital masih menjalankan diagnosis lanjut bagi mengetahui punca sebenar.
“Beliau (Ustaz Kazim) sudah sedar pagi tadi dan boleh bercakap dengan jelas berbanding dengan keadaannya malam tadi namun masih dalam keadaan keletihan dan memerlukan banyak rehat” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam kejadian malam tadi, Ustaz Kazim yang hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Mohd Kazim yang menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kira-kira jam 9.30 malam itu mengadu penat dan sakit dada.
Beliau di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke wad kecemasan HUSM.
Sumber : Sinar
ads 2

0 Response to " DOKTOR SAHKAN OTOT DI BAHAGIAN JANTUNG USTAZ KAZIM ELIAS LUKA "

Post a Comment