FOTO-FOTO MENARIK SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN & RESEPSI STACY - AKIM

ads 1


Foto Menarik Sekitar Majlis Pernikahan  Resepsi Stacy Akim

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Akim Ahmad dan Stacy Anam selamat bernikah tepat jam 10.15 pagi semalam.
Dengan dua kali lafaz, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 25, sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, 26, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Di majlis pernikahan mereka, Akim dan Stacy mengenakan busana berwarna putih rekaan Raffiey Nasir.
Majlis resepsi pula berlangsung dengan meriah malam tadi di tempat yang sama. Akim kelihatan segak mengenakan busana berwarna biru rekaan Taufik Nong manakala Stacy pula kelihatan anggun dalam gaun rona sedondon rekaan Raffiey Nasir.
Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis ialah Felix AF3, Hafiz Suip , Farish Aziz, Hazama, Velvet AF4, Marsha Milan, Rich Estranged dan Faizul AF2013. Hadirin yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan oleh Marsha dan Hazama.
Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis pernikahan serta resepsi Stacy dan Akim:


























Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kredit foto: Ghaz Abu Bakar dan Instagram @officialhlive, @raffieynasir, @fauzeenasir & @erafmsabah
ads 2

0 Response to " FOTO-FOTO MENARIK SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN & RESEPSI STACY - AKIM "

Post a Comment