Gerai Diarah Henti Jual Roti Sosej Bentuk Kemaluan Lelaki Di Melaka

ads 1
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Okay, kami tahu apa yang anda fikir. Nampaknya jenakak sosej telah mencapai satu tahap baru apabila sebuah gerai di Jonker Walk, Melaka telah menjual sosej berbentuk kemaluan lelaki. Nope, kami tidak mahu bayangkan.
PEMANDANGAN BIASA DI JONKER WALK PADA WAKTU MALAM
PEMANDANGAN BIASA DI JONKER WALK PADA WAKTU MALAM
Memetik laporan daripada Harian Metro, gerai yang menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di Jonker Walk, di sini, diarah menghentikan penjualan bermula hari ini. Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila penjualan roti sosej itu mendapat perhatian ramai sebaik dimuat naik di laman sosial.
Difahamkan, gerai berkenaan mula beroperasi sejak 8 Februari lalu. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada pemilik gerai berkenaan semalam untuk menghentikan operasi.
“Notis sudah diberikan kepada pemilik dan jika dia ingkar dan masih menjual roti berkenaan tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan”
“Ini kes pertama dilaporkan di negeri ini dan saya mengingatkan agar perniaga lain tidak melakukan tindakan sama kerana negara kita mempunyai undang-undang,” katanya.
Maaf jika anda hampa kerana mahu lihat gambar roti bentuk kemaluan lelaki tetapi tiada gambar. Apa pendapat anda mengenai perkata ini? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.
ads 2

0 Response to " Gerai Diarah Henti Jual Roti Sosej Bentuk Kemaluan Lelaki Di Melaka "

Post a Comment