Isu rumah tangga Dato Terlajak laris terjawab

ads 1
Aliff memuat naik gambarnya yang sedang meluangkan masa untuk makan bersama isterinya.
Aliff memuat naik gambarnya yang sedang meluangkan masa untuk makan bersama isterinya.
Di sebalik khabar angin pergolakan rumah tangga yang dihadapinya sebelum ini, jutawan kesihatan dan kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tampil dengan satu kemaskini status di laman sosial Facebooknya.
Menerusi status tersebut, Aliff memuat naik gambarnya yang sedang meluangkan masa makan bersama isterinya, Datin Nur Shahida.
Gambar yang dimuat naik tersebut sekali gus menepis dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan bahawa rumah tangga jutawan kosmetik itu kini sedang goyah.
“Terima kasih semua yang menyayangi saya. Terima kasih isteriku @shahidadherbs untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang. Ku harap engkau kekal bersama selamanya,’’ tulisnya di Facebook.
Sebelum ini, Aliff atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Terlajak ‎Laris’ memaklumkan kepada Sinar Online bahawa buat masa ini beliau belum bersedia untuk berkongsi mengenai perihal itu dengan orang ramai.
Terdahulu, portal-portal media hiburan di negara ini juga kecoh mengenai isu tersebut.

Sumber: Sinar Harian
ads 2

0 Response to " Isu rumah tangga Dato Terlajak laris terjawab "

Post a Comment