KANAK-KANAK ALAMI PENYAKIT SEPERTI BENJAMIN BUTTON

ads 1 Dua beradik di India telah mengalami penyakit yang jarang ditemui, menjadikan mereka kelihatan tua, sama seperti lakonan Brad Pitt dalam filem Benjamin Button. Keshav Kumar, 18 bulan dan kakaknya,..

Kanak-Kanak-Alami-Penyakit-Seperti-Benjamin-Button 

Dua beradik di India telah mengalami penyakit yang jarang ditemui, menjadikan mereka kelihatan tua, sama seperti lakonan Brad Pitt dalam filem Benjamin Button.
Keshav Kumar, 18 bulan dan kakaknya, Anjali Kumari, tujuh tahun, mengalami kulit yang kedut, muka bengkak dan sakit sendi.
Kanak-Kanak-Alami-Penyakit-Seperti-Benjamin-Button4
Keadaan itu menyebabkan mereka diejek oleh orang lain ketika berada di luar rumah terutama di sekolah.
“Saya tahu saya berbeza dengan budak-budak lain di sekolah. Badan saya berbeza. Orang selalu merenung saya dan mengata yang bukan-bukan.
Kanak-Kanak-Alami-Penyakit-Seperti-Benjamin-Button2
“Budak-budak di sekolah juga memanggil saya orang tua, nenek atau monyet dan ia menyakitkan hati. Saya mahu dilayan seperti budak lain dan diterima di sekolah,’’ kata Anjali.
Dia juga mahu kelihatan cantik seperti kakaknya.
Kedua beradik itu mengalami Progeris, di mana doktor memberitahu penyakit itu tidak mempunyai penawar.
Kanak-Kanak-Alami-Penyakit-Seperti-Benjamin-Button5
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap penyakit itu, iaitu satu dalam setiap empat juta kelahiran tidak mempunyai umur yang panjang. Kebanyakan tidak akan hidup melebihi usia 13 tahun.
Dua beradik itu menetap bersama ibu bapa mereka, Shatrughan Rajak, 40, ibunya, Rinki Devi, 35, di Ranchi, Jharkhand. Manakala kakak sulongnya, Shilpi, 11, tidak menghidap penyakit berkenaan.
Menurut Shatrughan, penduduk di kampung itu menggelar anaknya orang tua, menyebabkan dia berasa sangat sedih. – MYNEWSHUB.CC
Kanak-Kanak-Alami-Penyakit-Seperti-Benjamin-Button3
 sumber ads 2

0 Response to " KANAK-KANAK ALAMI PENYAKIT SEPERTI BENJAMIN BUTTON "

Post a Comment