Komen Roberto Carlos Selepas Melihat Tendengan Ajaib Faiz Subri

ads 1




GEORGETOWN: Pemain Liga Super Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri mengakui terkejut apabila mendapat tahu video sepakan lencongnya kini disamakan atau lebih hebat daripada tendangan percuma pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997. Video berkenaan kini menjadi viral dan mencipta sejarah tersendiri apabila detik tersebut dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia. 

Menurut Mohd Faiz, 29, dia tidak menyangka tendangan percuma yang dibuat semalam, dalam perlawanan menentang Pahang menjadi viral dan mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola seluruh dunia. Katanya, untuk membuat tendangan berkenaan dia sebenarnya meluangkan masa sekitar 15 minit setiap kali selepas tamat waktu latihan untuk cuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak. "Saya menjadikan Roberto Carlos dan Christiano Ronaldo sebagai idola dan sering menonton video sepakan percuma yang diambil mereka melalui laman YouTube. 

"Saya tidak menyangka sepakan percuma itu melonjakkan nama saya hingga disamakan seperti sepakan dua pemain terkemuka itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia dicalonkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA, Faiz berkata, dia menganggap itu sebagai rezeki dan peluang untuk dirinya menaikkan nama pasukan dan negara.

 Dalam perlawanan di Stadium Bandaraya yang berkesudahan dengan keputusan Pulau Pinang membenam Pahang dengan keputusan 4 - 1 Gol ketiga pasukan, sumbangan Mohd Faiz ternyata meninggalkan impak tersendiri apabila diiktiraf komuniti bola sepak dunia sebagai setaraf dengan tendangan dilakukan Carlos iaitu bekas bintang pertahanan Brazil.
 
sumber
ads 2

0 Response to " Komen Roberto Carlos Selepas Melihat Tendengan Ajaib Faiz Subri "

Post a Comment