MANDI MALAM PUNCA PENYAKIT PARU-PARU BERAIR ? BACA PENJELASANNYA

ads 1
Mandi Malam Punca Penyakit Paru-Paru Berair ? Baca Penjelasannya
Ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.
“Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput,” demikian antara ‘amaran’ mereka.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.
Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.
Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan “ takut demam, selesema atau badan ‘masuk angin’. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.
Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.
Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.
Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.
Bagaimanapun, kepercayaan mengenai ‘jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)’ walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetul, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.
ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.
Mandi Malam Punca Penyakit Paru-Paru Berair ? Baca Penjelasannya1
Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita. Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1. Pulmonari Edema

#Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.
$Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2. Pneumonia

Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.
Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

3. Nanah

Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.
Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.
Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini,” kata beliau.
Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi.” kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Dr Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
“Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
“Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

Kesimpulan

Oleh itu, jika anda mengalami masalah sukar bernafas, mudah penat dan merasa tidak cukup oksigen meskipun hanya melakukan kerja-kerja ringan, segeralah datang berjumpa doktor supaya anda mendapat rawatan sebelum terlambat kerana penyakit ini boleh membawa maut.
ads 2

0 Response to " MANDI MALAM PUNCA PENYAKIT PARU-PARU BERAIR ? BACA PENJELASANNYA "

Post a Comment