"OOO KEDAI NI MEMANG RAMAI DAH KENA"

ads 1
terkenakedaimakan


Makan kat sini 3 hari lepas. Satu famili dalam 15 orang makan. Lepas makan, terkejut dengar bil dekat RM600. Memang makan agak special malam tu, tapi tak pernah semahal ini. Bila cek cek balik kat cashier, tukang order pepandai menambah order kita.
Contoh, order tomyam untuk 4 orang makan, dia up utk 6 orang makan. Memang kurang ajar! Bila ditanya tentang harga, cashier ugut plak, katanya kalau keluar bil, nanti kene GST! Ape kau ingat aku tak mampu? Sorry la salah orang.
Masa kita makan, diorg siap bagi wet tissue, ingatkan free, bila ditanya, dah masuk dalam bil. Kalau taknak, kene pulang tisu kat cashier. Kepala hotak! Ni namanya hidden cost, nak pekena pelanggan ek.
Kepada semua yang suka makan kat Kg. Senibong, JB, hati²la makan tempat ni. Dengar kata diorg ambik kesempatan kalau orang ramai dan jumlah ahli keluarga kita ramai. Lagi plak diorg ingat aku first time makan sini.
Bila pakcik jaga parkir tengok kami kecoh², dia tanya kenapa? Kami pun cakap yg kami dah terkena dengan kedai ni. Pakcik cakap, Ooo kedai ni memang ramai dah kena. Yang ni nama kedainya Selera Senibong Seafood. Kedai warna kuning, kedai paling awal sekali. Bukan apa, nak suruh korang hati² jer.
- TerkiniTV
ads 2

0 Response to " "OOO KEDAI NI MEMANG RAMAI DAH KENA" "

Post a Comment