RUPA-RUPANYA..INILAH ALASAN NABIL AHMAD BEREHAT DARI DUNIA KOMEDI

ads 1



PELAWAK Nabil Ahmad menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa kurang melibatkan diri dengan program-program berbentuk komedi.
Menurut Nabil, 32, dia mengambil keputusan untuk berehat dari dunia komedi dan memberi tumpuan dengan dunia pengacaraan.
Rupa-rupanya..inilah alasan Nabil Ahmad berehat dari dunia komedi
Rupa-rupanya..inilah alasan Nabil Ahmad berehat dari dunia komediq
“Saya dah berjanji untuk berehat dari bidang komedi sejak tahun yang lalu terutamanya di pentas Maharaja Lawak Mega. Sebab lawak ini, kita kena hidangkan sesuatu yang segar dan peminat inginkan.
“Biar peminat semua rindu dengan persembahan saya supaya ianya memberi impak yang besar. Tapi dalam pada masa yang sama bukan saya betul-betul rehat terus dengan dunia komedi,” kata Nabil kepada Astro Gempak.
Nabil berkata, dia kini lebih selesa terlibat dalam bidang pengacaraan seiring dengan kariernya sebagai seorang pelawak.
“Sada perancangan untuk karier saya. Jadi saya rancang sesuatu untuk terus mengembangkan lagi perjalanan bidang komedi saya. Ramai juga yang tanya saya mengapa dah jarang sertai program lawak, tapi sebenarnya akan ada sesuatu untuk peminat,” ujar Nabil.
Tambah Nabil lagi, dia sedang merancang untuk memberi ‘buah tangan’ kepada para peminat yang menyokongnya sejak di awal karier.
“Akan ada sesuatu khas buat peminat yang sentiasa menyokong karier saya sebagai pelawak sejak dulu lagi. Bila ada masa yang sesuai saya akan kongsi kepada umum kerana ia masih dalam proses perancangan.
“Mungkin idea ini akan siap dalam hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Saya sendiri terlibat dan mungkin juga akan melibatkan pelawak-pelawak lain. Inilah yang diidamkan-idamkan saya sejak dahulu lagi ,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil Ahmad menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk mengendalikan Anugerah MeletOP ERA 2016(AME 2016) tiga tahun berturut-turut bersama pelakon Neelofa, Datuk AC Mizal dan Jihan Muse.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk kembali mengacarakan AME 2016. Pada saya AME sebuah anugerah yang cukup besar kerana daripada rancangan mingguan, terus diangkat untuk dijadikan majlis anugerah yang berprestij,” jelas Nabil mengakhiri perbualan.
AME 2016 akan bersiaran secara langsung di Dewan Konvesyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123.
Sumber : Awani
ads 2

0 Response to " RUPA-RUPANYA..INILAH ALASAN NABIL AHMAD BEREHAT DARI DUNIA KOMEDI "

Post a Comment