Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

ads 1 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori. Ingat lagi tak Air Milo Lori yang datang ke sekolah masa zaman sekolah dulu. Yea air milo yang menjadi bualan dan mendapat sambutan hangat bila datang ke sekolah masa saya sekolah. Bila lori milo ni datang, semua budak-dudak dalam kelas tak berapa nak boleh bagi tumpuan sangat dah kat guru mengajar. Tunggu aje nak dengar pengumuman dari mikrofon kat sekolah. Minta pelajar keluar dari kelas beratur pergi ke lori milo yang datang. Nostalgia betul rasa.hohoho..

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori, Lori Milo,
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Memang tak boleh lupa saat tu. Sekolah kampung, pelajar tak ramai. Jika lori milo tu datang pun. Tak adalah pelajar perlu tunggu lama nak habiskan satu kelas ke kelas lain. Bila datang lori milo waktu cuaca panas. Memang seronok aje rasa. Jika ada peluang boleh ulang dua tiga kali. Kalau tak sekali pun dah jadi dapat merasa keenakan air milo lori yang datang ke sekolah pada masa tersebut.

Zaman milo lori dah berlalu. Dah tak dapat nak merasa minum air milo dari lori milo yang datang ke sekolah masa jadi pelajar. Jadi oleh sebab nak merasa air milo lori ni lagi. Saya cari dan kongsikan di sini cara-cara nak buat air milo sedap macam milo lori yang datang ke sekolah kita dulu-dulu.

Cara buat air milo sedap macam milo lori ni saya dapat dari group facebook. Jika anda nak cuba, boleh ikut langkah-langkah penyedian di bawah ni yea.Akak Hainom OkjerKakzakie dan rakan bloger yang suka kongsi resepi tu boleh cuba resepi milo lori sedap saya ni yea. Kalau jadi, anda semua memang terbaik!

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Ikut langkah-langkah ni yea. Insyallah anda akan dapat rasa keenakan rasa milo lori resepi yang diajarkan oleh pembuat air milo lori yang sedap satu masa dulu.

1. Mula-mula ambil satu gelas sedang besar atau mug.
2. Masukkan susu pekat satu sudu dan serbuk milo 3 sudu.
3. Masukkan air panas, suku ( 1/4) mug atau sama peras dengan milo tadi.
4. Kacau perlahan sehingga air panas tersebut menjadi suam.
5. Letak ais (air batu ) hingga penuh mug tadi.
6. Biarkan air batu mencair sampai tidak kelihatan satu ketulan air batu pun.
7. Biarkan beberapa minit. Tunggu dengan sabar.
8. Bila semuanya sudah cair. Nikmatilah rasa air milo sebijik macam baru keluar dari milo lori kat sekolah tu.

Macam tulah rahsia membuat air milo rasa seperti air milo lori yang datang ke sekolah satu masa dulu. Ianya boleh dipercayai dan telah dicuba oleh ramai penggemar milo lori atau ven milo yang datang ke sekolah. Selamat mencuba kawan-kawan.

sumber ads 2

0 Response to " Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori "

Post a Comment