China Beri Wanita Cuti ‘Senggugut’, Taiwan Pula Cuti ‘Haid’, Malaysia?

ads 1
 
Negara China bakal memberikan insentif cuti kerja dengan bergaji penuh pada wanita yang mengalami masalah senggugut kritikal.
Berkuat kuasa mulai Mac ini, cuti selama sehari hingga dua hari setiap bulan akan diberikan pada pekerja wanita yang mengalami masalah senggugut teruk.
Menurut laporan China Daily, tawaran cuti itu diputuskan semasa mesyuarat tahunan ke-67 pihak pemerintah wilayah Anhui pada Januari lalu.
Ia bertujuan untuk melindungi kebajikan golongan pekerja wanita di wilayah berkenaan.

China bukan negara pertama, ada negara Asia lain sudah kuat kuasakan peraturan tersebut. Bestnya!

giphy
Menurut undang-undang baru itu, wanita yang ingin mengambil cuti sakit akibat senggugut perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah untuk diberikan kepada majikan.
Selain untuk menjaga kebajikan pekerja wanita, cuti tersebut diberikan adalah untuk mengelakkan kerja jadi tertangguh.
Kalau ikutkan, ada beberapa negara Asia sudah menawarkan cuti ‘sakit istimewa’kepada kakitangan wanita.
Taiwan memberikan cuti ‘haid’ bergaji penuh selama 3 hari kepada pekerja wanita, di samping pemberian cuti sakit selama 30 hari setahun bagi semua kakitangannya.
giphy (1)

P/S: Bila agaknya Malaysia nak kuat kuasakan peraturan ‘istimewa macam ni?

sumber

ads 2

0 Response to " China Beri Wanita Cuti ‘Senggugut’, Taiwan Pula Cuti ‘Haid’, Malaysia? "

Post a Comment