Jom Buat Ais Krim Sumi & Choki Choki Yang Jadi Kegilaan Ramai!

ads 1
Sekarang ni ramai dok sibuk buat ais krim viral ni. Sedap sangat ke ais krim ni?
Memang sedap. Admin dah cuba buat, memang ‘terangkat’ rasanya sampai tak nak dah ais krim lain. (Konon je tu..)
Apa yang penting cara nak buat ais krim ni memang senang sangat.
Jom usha resepi mudah yang memang korang boleh buat semudah A,B,C je.

Ais Krim Sumi

tolong-share-ya-cara-membuat-aiskrim-sumijelly-yang-tengah-viral
Bahan-bahan (ini untuk makan 10 orang): 
3 paket sumi/jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air (isi air dalam tin susu yang korang guna tadi)
secubit garam
Cara-cara:
1. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Lepas tu sejukkan.
3. Masukkan sumi ke dalam plastik aiskrim (ikut korang nak banyak mana).
4. Masukkan campuran susu tadi, ikat & goncang.
4. Bekukan dan lepas tu boleh makan.

Ais Krim Choki-Choki

12079113_1153353738030639_1173077982318181915_n
Bahan-bahan:
Choki-choki
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
4 tin air
Cara-cara:
Cara penyediaan sama seperti ais krim sumi. Cuma yang ni anda perlu picit Choki-Choki dalam plastik ais krim.
Memang senang je nak buat dan rasanya memang ‘awesome’!
Selamat mencuba.
ads 2

0 Response to " Jom Buat Ais Krim Sumi & Choki Choki Yang Jadi Kegilaan Ramai! "

Post a Comment