KISAH MALAIKAT HARUT & MARUT: BANDAR BABYLON DAN KEWUJUDAN ILMU SIHIR

ads 1


Dikisahkan bahawa ada dua malaikat diutus oleh Allah untuk turun ke Kota Babil, yakni sebuah bandar di Iraq bekas ibu kota Babilon Kuno. Nama kedua malaikat tersebut adalah Harut dan Marut.
Pada saat itu, warga kota diliputi kegelisahan dan kesyirikan akibat tersebarnya sihir . Negeri yang pada masa itu dipimpin Raja Nebukadnezar pun kacau-bilau akibat tersebarnya sihir sehingga boleh menyebabkan penyakit sehingga membuat suami isteri bercerai.
Sihir yang tersebar tersebut bermula ketika Raja Nebukadnezar menahan orang-orang Yahudi setelah menyerang Palestin . Tawanan tersebut pun mula bermain sihir saat tiba di Kota Babil. Sebahagian bangsa Yahudi memang dikenal sebagai bangsa yang sangat dekat dan mahir mempraktikkan ilmu sihir. Dengan pengetahuan sihir yang mereka kuasai, mereka kemudian menakut-nakutkan warga Babil dengan membuat lingkaran besar sebagai lingkaran sihir.
Demi melenyapkan ketakutan warga akibat sihir tersebut, maka diutuslah dua malaikat ke Bandar Babil, Harut dan Marut oleh Allah. Keduanya diutus untuk mengajarkan sihir kepada warga Babil, mereka mengajarkan sihir bukanlah untuk berbuat kejahatan, sihir yang diajarkan keduanya hanyalah untuk menjelaskan hakikat sihir.
Maka, Harut dan Marut pun turun ke bumi dan mendatangi warga Babil. Maka bermulalah tugas mereka untuk mengajarkan sihir.
sumber ads 2

0 Response to " KISAH MALAIKAT HARUT & MARUT: BANDAR BABYLON DAN KEWUJUDAN ILMU SIHIR "

Post a Comment