Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?

ads 1
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?2
Bagi masyarakat yang memiliki rangkaian siaran berbayar Astro dan anda beragama Islam anda akan mendapati bahawa terdapat suatu persamaan antara arah tikar sejadah anda dengan piring astro yang di pasang.
Surah al-Baqarah ayat 149 bermaksud : Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan sesungguhnya perintah berkiblat itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Arah kiblat umat Islam dalam melaksanakan ibadat-ibadat tertentu seperti solat, pengebumian jenazah, penyembelihan binatang ternakan adalah Kaabah yang terletak di Masjidilharam. Ianya telah disyariatkan berdalilkan ayat di atas.
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?1
Tanggungjawab penentuan, semakan dan pengesahan arah kiblat bagi setiap masjid, surau dan premis awam di negara Malaysia dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri. Di negara kita Malaysia, arahnya adalah pada sekitar bering N 67 W hingga N 70 W, atau azimut 290° hingga 293°. Jika menggunakan kompas dengan penunjuk yang ringkas, ke kanan (Utara) sedikit dari arah Barat sekitar 20°.
Sikap masyarakat yang begitu prihatin dalam perkara ini telah menimbulkan persoalan sama ada piring Astro yang menyediakan perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar di Malaysia seakan-akan mengarah ke arah kiblat. Buat makluman, Astro ini dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc ( rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Astro).
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?4
Encik Shahril bin Ahmad; Presiden Kelab Astronomi Amatur Malaysia dan pemilik web ‘falakonline’ berkata bahawa kedudukan piring Astro di lokasi tertentu boleh disemak melalui sebuah laman web iaitu http://www.dishpointer.com/. Laman ini akan menunjukkan kedudukan azimuth beberapa buah satelit, kita hanya perlu memilih bandar / lokasi tempatan dan satelit 91.5E MEASAT 3A | MEASAT-3.
Contoh carian rajah di bawah adalah bagi lokasi Sri Damansara. Hasil kiraan menunjukkan kedudukan Azimuth piring Astro di Sri Damansara ialah pada sekitar 253° manakala arah kiblat bagi Sri Damansara 292° 32° 11°. Didapati terdapat perbezaan antara ‘kiblat Astro’ dan kiblat sebenar kira-kira 40 darjah. Pengguna boleh membuat semakan selanjutnya maklumat arah kiblat menggunakan Kalkulator Falak di alamat  www.falak.unisza.edu.my/calc.
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?2
Encik Ahmad Taufan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerangkan dalam blog beliau bahawa satelit-satelit yang digunakan kini ada dua jenis orbit, satelit di geostationary orbit yang kekal berada di longitud 91.5° Timur, dan khatulistiwa (latitud) 0°. Satu lagi pula berada di geosynchronous orbit yang berada di longitud yang sama, tetapi tidak kekal di latitud yang sama. Untuk penerima di Bumi (Malaysia), piring penerima dihalakan ke arah satelit yang berada di geostationary orbit untuk menerima siaran berterusan. (rujuk : http://al-athfar.blogspot.com/2013/07/ piring-astro-dan-arah-kiblat.html).
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?3
Justeru itu, kebanyakan arah piring Astro bukan sahaja menghala ke arah barat 270° bahkan sedikit ke kiri (ke selatan) sebagaimana Sri Damansara. Disarankan kaedah semakan arah kiblat sempena fenomena Istiwa A’zam (Matahari di atas Kaabah) pada 27 mei dan 16 julai setiap tahun biasa bagi kiblat di rumah kediaman. Sila rujuk panduan penggunaannya di web berikut :http://www.muftiwp.gov.my/ v1/doc/arah_kiblat.jpg.
Kesimpulan perlu kita ambil perhatian bahawa piring Astro tidak mengadap tepat ke arah kiblat. Ianya hanya boleh dijadikan panduan setelah kita membuat semakan arahnya dan dibuat pembetulan dari arah kiblat sebenar. Pengesahan arah kiblat yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di masjid, surau dan premis-premis awam tidak boleh dibuat perbandingan dengan piring Astro yang berbeza-beza di setiap lokasi. Pengesahan kiblat di premis-premis tersebut menggunakan kaedah, pengiraan, peralatan dan kemahiran yang khusus.

Ketahui Di Mana Kaabah, Mekah

Di negara kita Malaysia, arahnya adalah pada sekitar bering N 67 W hingga N 70 W, atau azimut 290° hingga 293°. Jika menggunakan kompas dengan penunjuk yang ringkas, ke kanan (Utara) sedikit dari arah Barat sekitar 20°.
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?1
Kita gunakan Kota Kemuning,Shah Alam, Selangor sebagai contoh:
Bagi lebih ketepatan kita gunakan aplikasi yang disediakan oleh Unisza, Terengganu, pada sesawang Kalkulator Falak dari Unisza

Ketahui Di Mana Arah Piring Astro Di Hala

Astro merupakan rangkaian televisyen satelit yang dimiliki oleh MEASAT Broadcast Network System dengan nama syarikat Astro All Asia Network PLC. Maka sedar tidak sedar kita mengetahui bahawa MEASAT adalah nama satelit.
Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat?2
Dengan berpandukan aplikasi online dishpointer.com, maka kita akan dapat mengetahui ke arah mana piring satelit astro ditujukan. Semestinya ke arah satelit MEASAT (MEASAT 3A|MEASAT 3). Oleh itu mari dapatkan azimut atau arah satelit yang sedang mengorbit pada bumi berada dari Kota Kemuning Shah Alam.

Kesimpulan

Apabila kita melihat arah azimut Shah Alam ke Mekah (Ka’abah) maka azimut (bearing) adalah 292° 34′ 38″. Dengan kata lain mengikut kompas yang telah di talakan anak panah utaranya, untuk Shah Alam, kiblat adalah 292°~ 293° pada kompas.
Mari bandingkan dengan kedudukan piring satelit terhadap satelit MEASAT 3, berpandukan gambar rajah maka dapat diketahui bahawa piring astro disengetkan mengikut kompas ke arah 253.6°~254.1°.
Data ini menunjukkan bahawa terdapat beza antara dua bearing/heading pada kompas sebanyak 38.4°~ 38.9°. Arah sama cuma ketepatan berbeza.

Menentukan Arah Kiblat

Cara yang terbaik untuk mengetahui arah kiblat sebenar adalah ketika matahari tepat berada di atas ka’abah itu sendiri yang akan berlaku setiap tahun pada 27 Mei dan 16 Julai yang dikenali sebagai fenomena Istiwa A’zam.
ads 2

0 Response to " Mengapa Piring Astro Mengadap Ke Arah Kiblat? "

Post a Comment