Setelah Filem Munafik Berjaya Kutip 11 Juta Dalam Masa Dua Minggu Syamsul Yusof Buat Keputusan Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia

ads 1

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 32, terus melakar magis tersendiri menerusi filem terbaru arahannya, Munafik.
Filem bergenre seram Islamik itu mencipta sejarah baru apabila mencatat kutipan RM10 juta selepas 14 hari tayangan.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof mengakui terkejut dengan sambutan di luar jangkaan itu.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini kerana ia naskhah berat.
“Lagipun ia filem eksperimen saya dengan mengetengahkan genre seram Islamik. Apa saya boleh katakan, Munafik adalah karya yang lahir daripada hati saya,” katanya.
Syamsul turut bersyukur apabila filem itu menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi dalam tempoh tujuh hari tayangan di Singapura dan Brunei sejak mula ditayangkan pada 25 Februari lalu.

“Berbanding filem saya terdahulu, Munafik mendapat sambutan luar biasa. Bukan apa, di kedua-dua negara itu pasaran filem Melayu agak susah.
“Jadi apabila ia diterima baik, ia satu penghargaan buat saya dan seluruh pasukan. Tidak ada kata-kata mampu digambarkan selain rasa syukur. Diharap lebih ramai menonton filem ini,” katanya.
Jelas Syamsul, dia dan bapanya, penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, berkampung di pejabat setiap malam bagi memantau jumlah kutipan.
“Saya terkejut dengan sambutan luar biasa di Brunei dan Singapura. Apatah lagi tayangan filem ini serentak dengan beberapa filem Hollywood.

“Apa-apa pun, saya berserah dan tawakal kepada Allah. Sejak dari awal lagi, saya hanya berharap filem ini balik modal dan tidak rugi,” katanya.
Mengulas lanjut filem itu, Syamsul mendedahkan dia dan Nabila bergaduh di lokasi kerana mahu mendapatkan hasil terbaik dalam setiap babak.

“Bagi watak Maria lakonan Nabila Huda, saya memang paksa dan kerah tenaganya. Saya tahu dia pelakon yang bagus dan mampu melakukannya.
“Sehinggakan ketika menjayakan babak kena rasuk, dia sangat penat. Banyak kali babak itu diulang. Nabila sendiri naik pening kerana saya tidak pernah bersikap sedemikian dalam filem terdahulu,” katanya.

Sambung Syamsul, filem itu berjaya disebabkan komitmen tidak berbelah bahagi pelakon dan kru produksi.
Filem Munafik dianggap sebagai karya yang mengembalikan semula sentuhan berbisa Syamsul apabila mendapat perhatian ramai hasil hebahan mulut ke mulut peminat, selain video reaksi penonton yang menyaksikan filem itu sambil menutup mata di pawagam menjadi viral.
Terbit filem Tailong
Berkongsi projek seterusnya, Syamsul bakal menghasilkan filem aksi berjudul Tailong.
Filem itu mengambil inspirasi watak Tailong lakonan Datuk Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2.

“Insya-Allah, penggambaran akan bermula pada Mei ini. Tailong menampilkan Datuk Rosyam Nor selaku watak utama.
“Menerusi filem ini, saya mengupas sejarah hidup Tailong dan bagaimana dia menjadi jahat. Jika tiada aral melintang, Shaheizy Sam juga akan jadi sebahagian daripada produksi ini,” katanya.
Syamsul menafikan persepsi segelintir pihak dia sekadar mahu mengarah dan menerbitkan filem berunsur Islamik.

“Saya masih sama seperti dulu cuma dalam setiap filem saya akan selitkan elemen ketuhanan.
“Bagi saya, itu satu satu cara berdakwah menerusi penerbitan filem,” katanya.

sumber ads 2

0 Response to " Setelah Filem Munafik Berjaya Kutip 11 Juta Dalam Masa Dua Minggu Syamsul Yusof Buat Keputusan Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia "

Post a Comment